Wednesday, 31 August 2016

SUBHANALLAH..!!! Hanya Allah saje yang tau.....

SUBHANALLAH..!!! Dugaan....
Sesungguhnya Allah sangat mengasihi mereka...



Coretan dari fb

Catatan 9.30pm 12/8/16..

Sudah jatuh di timpa tangga..

Hanya Allah maha mengetahui..

Saya (salliana) mempunyai seorg adik perempuan (salbiah) yg berkahwin bln 3 thn 2015 umur 22thn dgn psgn pilihan hati yg baik yg sesibuk mana pun  selalu solat di masjid.. mak saya memberinya keizinan tinggal di rmh lama kami yg agak serba kekurangan dgn atap zink lama tunggu bila2 je blh di bawa lari angin kuat.. namun utk permulaan hidup mrk terima seadanya..

Bbrp bulan bernikah, adik perempuan saya di uji dgn kaki dua2 belah tumpah seperiuk air panas kedai makan tmpt kerjanya.. di kejarkan ke HSNZ KT utk operate kulit peha letak di kaki..minggu n bulan berganti, klinik n hospital jd tmpt cuci luka n lain2 utk pulihkan kulit lecur n akhirnya baik dgn tinggalkan kesan parut kekal di kakinya..akibat trauma dia berhenti kerja..

Dlm duka Alhamdulillah mendapat khbr dirinya bakal menimang cahaya mata.. namun kesihatan dirinya x memgizinkan utk anak bertahan lama dlm kandungan, terpaksa bersalin awal, anak hampir 6 bulan usia seberat 690g lahir ke dunia..hidup dlm incubator dgn bantuan mesin pernafasan n kwln rapi dr jangkitan kuman..

Adik mmbuat keputusan utk tinggal di Merang rmh mertua senang ulang alik ke HSNZ bg stok susu ke anak, bermula kisah ulang alik ke hsptl hntr susu, pampers n kadang2 drh anak x cukup terpksa ke hsptl jgk.. 44hr pantng mcm x berpantng.. sungguh kuat dirimu..

Di uji lg, tmpt kerja suaminya x dpt byr pekerja lg jd minta utk masing2 cari kerja lain..kini suami nya kerja xtetap..mana yg ada dpn mata dia buat, wiring eletrik, tlg buat rmh org, ke laut n lain2..

Di uji lg, anak di syaki saluran jantung berlubang.. n baru2 ni anak operate mata sbb ada mslh mata.. kini berat anak 1.6kg.. masih di hsptl blm cukup kuat utk di lepas pulang ke rmh.. adik lps raya hr tu berpeluang ada tmpt utk menetap di hsptl..mudah sikit..kurang kos myk kete ulang alik.. mkn mknn hsptl..kurang sikit kos..cuma pampers anak perlu kerap di beli sbb sehari 8 x tukar takut ada mslh jgktn kuman..

Di uji lg, 3-4 hari baru2 ni angin kuat n ribut telah menerbangkn atap2 zink rmh nya.. awalnya di bhgn tndas lps tu di ruang tgh rmh lps tu dlm bilik nya.. berselang hari.. rmh basah di dlm.. dpt bbrp keping bntuan zink.. blh ltk tgh rmh.. dlm bilik masih penuh air hujan mencurah2 slagi x baiki.. mrk berdua terpaksa berbulan2 tggl kn rmh krn isteri jaga ank yg dah 3 bln di hsptl..suami merata2 kerja..

Di uji lg, ptg td 12/8/16.. suaminya excident patah tgn.. suami yg dihrp kn dpt mencari duit tmpung byr kereta yg skrg ni utk kemudahan ke hsptl, suami yg di hrpkn dpt bg duit blnja sedikit n beli pampers2 anak kini turut sama terlantar di hsptl.. selagi tgn  blm sembuh selagi itu mrk tiada mata pencarian..

Mungkin Allah merancang yg hebat utk kamu berdua di masa akn dtg n gunung2 pahala kesabaran bekalan di sana nnti in shaa Allah..

Moga terus tabah hadapi ujian.. moga kebahgiaan milik mu duhai adik ku n suami mu..

Jika ada insan2 pemurah sudi membantu, blh la hubungi saya kakaknya 0137026792 (salliana).. @ terus kpdnya 0102845012 (salbiah)..

Bagi yg sudi membantu, boleh direct ke akaun adik

163082212460 Mybnk Norsalbiah Shaari.

Terima kasih. Moga jasa baik kalian Allah balas dgn rezeki yg bertambah. Amin.

******************************************

Update perkembgn:

Tempat menetap di bilik menunggu dah xdpt.. adik perempuan saya ulang alik wad anak n wad suami yg akan di operate tgn masuk besi akibat patah tgn excident ptg 12/8/16. Doakan dia terus tabah.. td tnya khabar.. dia ckp rasa dah mula rasa x kuat utk lalui bila anak n suami dua2 di hsptl..






Sumber: FB Nur Muhammad
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=271554373223499&id=100011068142089

Tuesday, 30 August 2016

Waaa....cutiiiii.....


Kelantan umum cuti peristiwa pada 11 September


MEDIA SOSIAL Kelantan umum cuti peristiwa pada 11 September SELASA, 30 OGOS 2016 - 2:02PM MENTERI Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. - Foto Fathil Asri 

KOTA BHARU: Kelantan mengumumkan cuti peristiwa pada 11 September sempena sambutan Aidiladha. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata ia bagi memberi peluang kepada rakyat Kelantan untuk menyambut Aidiladha. Pada masa sama katanya, Ahmad turut meminta orang ramai mengambil peluang untuk berpuasa pada hari berkenaan sempena hari wukuf. "Selepas bermesyuarat, kita mengambil keputusan untuk mengambil cuti peristiwa pada 11 September iaitu Ahad," katanya selepas mensyuarat EXCO, di sini, hari ini. Umat Islam dijangka menyambut Aidiladha pada 12 September iaitu Isnin. 

Sumber: bharian

Waaa....cutiiiii.....


Kelantan umum cuti peristiwa pada 11 September


MEDIA SOSIAL Kelantan umum cuti peristiwa pada 11 September SELASA, 30 OGOS 2016 - 2:02PM MENTERI Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. - Foto Fathil Asri 

KOTA BHARU: Kelantan mengumumkan cuti peristiwa pada 11 September sempena sambutan Aidiladha. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata ia bagi memberi peluang kepada rakyat Kelantan untuk menyambut Aidiladha. Pada masa sama katanya, Ahmad turut meminta orang ramai mengambil peluang untuk berpuasa pada hari berkenaan sempena hari wukuf. "Selepas bermesyuarat, kita mengambil keputusan untuk mengambil cuti peristiwa pada 11 September iaitu Ahad," katanya selepas mensyuarat EXCO, di sini, hari ini. Umat Islam dijangka menyambut Aidiladha pada 12 September iaitu Isnin. 

Sumber: bharian

Allah tahu yang terbaeq.....

Jika Dia Jodohku, Jaga Dia Dalam Kebaikan Dan Pertemukan Kami Di Waktu Yang Tepat



Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin! Itu juga namanya jodoh. Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik korang, maka ia milik korang.
Mungkin Allah mahu korang berpisah untuk memperbaiki diri masing masing dan menguji rasa cinta antara korang. Hakikat ayat ini, “kalau jodoh, ia tetap jodoh” sentiasa menguatkan hati manusia tentang persoalan jodoh. Memang sangat menyakitkan jika jodoh korang bukan bersama seseorang yang korang cintai. Tapi bersangka baiklah kepada Allah.
Dia akan mengurniakan seseorang yang baik untuk korang. Tidak mudah, korang perlu menjadi seseorang yang sangat kuat dan tabah. Tapi ingatlah, jika si dia memang jodoh korang, tiada satu manusia pun dapat halang dia menikah secara sah dengan korang. Tapi jika bukan, buatlah macam mana pun, dia tetap bukan milik korang.
Jalan penyelesaian yang baik untuk menghindar kita dari berasa sedih dan was was mengenai persoalan jodoh adalah kembali kepada Allah. Dia yang mencipta segala jenis perasaan yang ada di muka bumi ini. Dia yang memberikan kebahagiaan kepada semua hamba hambaNya. Minta lah kepada Nya sedikit kebahagiaan, InsyaAllah jika kita ikhlas dan redha menerima segala ketentuan Allah, kita akan tenang dan hidup bahagia. Buatlah solat istikharah dengan cara yang betul.
Dia akan membantu korang dalam membuat keputusan. Jika korang dah cukup berusaha, dan takdir menentukan sesuatu yang berbeza untuk korang, terimalah dengan sabar dan ikhlas. Memang sukar tetapi kan Allah itu Maha Mengetahui. Sakit yang korang rasa sekarang adalah bayaran untuk kebahagiaan untuk korang di masa akan datang nanti InsyaAllah.

JANGAN SERAHKAN PADA TAKDIR SEMATA MATA

Soal jodoh memang lah milik Allah, tapi kita tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa apa dan tunggu bulan jatuh ke riba. Allah benci orang yang suka berputus asa dan tidak mahu berusaha . Ada yang kata jodoh tak perlu di cari, tetapi ia datang sendiri.
Benar, tapi tetap juga kita perlu berusaha. Bagaimana? Persiapkan diri kita menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ke hari. Berkawan dengan ramai orang tidak kira lelaki dan perempuan, asalkan korang tahu batas batasnya dan luaskan lah pandangan terhadap kehidupan. Jangan kurung diri korang daripada cinta kerana beranggapan jodoh korang sudah ditentukan.
Hiduplah dengan normal dan bersosiallah seperti orang lain. Asalkan korang tahu jaga batas, itu sudah mencukupi. Tidak mustahil korang akan berkenalan dengan seseorang dan bertemu jodoh dari situ. Elakkan mengamalkan sikap duduk diam dan tunggu tanpa berusaha apa apa. Mungkin korang adalah seorang lelaki yang sedang meminati seorang gadis dalam diam.
pasangan-khianat
Korang mahu memperisterikan dia. Jadi apa yang korang perlu lakukan? Duduk diam? Salah tu. Sekurang kurangnya korang harus mencuba. Tak cuba tak tahu kan? Allah tidak menghadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebarang sebab. Ia adalah sama ada Allah mahu kita belajar sesuatu dari orang orang yang kita jumpa dalam hidup kita ataupun Allah menghadirkan seseorang itu sebagai tanda kita akan hidup bersama nya selama lamanya!
Jadi jangan lepaskan setiap peluang yang ada. Tidak salah untuk kita berusaha dalam soal jodoh ni. InsyaAllah jika kita berusaha keras, ia akan jadi milik kita. Yang penting cubalah dulu. Jangan awal awal dah putus asa.
Jodoh itu milik Allah, tapi ia dicipta khas untuk manusia agar kita dapat menikmati nikmat bahagia hidup di dunia ini bertemankan seseorang yang sangat kita sayangi. Ada orang yang dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang tidak. Semua itu kuasa Allah, kita tak layak mempersoalkannya.
Tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman yang kita dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta tu, jagalah elok elok. Jangan lancang sangat untuk bercerai jika ada konflik berlaku. Walau apa berlaku sekalipun, belajarlah cara untuk mempertahankan rumah tangga korang. Allah telah mengurniakan satu jodoh untuk korang. Orang lain yang terlalu berharap tak dapat, tapi korang dah dapat.
Kenapa kena sia siakan? Jaga hubungan elok elok. Hargai apa yang ada sekarang. penceraian adalah sesuatu yang paling dibenci Allah walaupun ianya tidak salah. Takdir takdir memang takdir tapi usaha usaha tetap usaha. Persoalan jodoh itu sangat sulit, tetapi manusia boleh mencuba dan terus mencuba.
Allah tidak kejam. Dia Maha Menyayangi. Pasti Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk kita semua, InsyaAllah.

SHhhhhh.!!!....Mohon Jangan bagitau budak UITM dan Poli..!!!

SHhhhhh.!!!....Mohon Jangan bagitau budak UITM dan Poli..!!!

1. Fresh graduate yang baru mula kerja tu, awal-awal lagi dah kena rancang simpan 50% daripada gaji tau. Kalau tak mampu 50%, buat 30% pun boleh, 10% pun takpa.
2. Gaji RM2,000 simpan RM1,000 (50%). Konsisten buat 2 tahun, dah ada RM24,000 dalam simpanan. Kalau anda buat, anda dapat. Tak buat, tengok je orang lain buat.
3. Iya, memang tak mudah nak simpan RM1,000 dengan gaji RM2,000. Tapi kalau matlamat jelas, susah pun kita sanggup. Takda matlamat kehidupan? Baca artikel ni sampai habis.
4. Dengan simpanan banyak tu, banyak benda anda boleh capai muda-muda ni. Lambat mula, lambatlah merasa kesannya.
5. Dengan RM24K tu, boleh jadi modal beli rumah harga RM160K. Ataupun 2 rumah yang berharga RM80K setiap satu. Memang boleh lulus.
6. Lagi bijak, buat sijil ASB Financing RM180,000 untuk tempoh pembiayaan 30 tahun dengan bayaran balik bulanan RM1,000. Bayar untuk 2 tahun saja.
7. Andaikan dividen diumumkan 7.25%. Pada tahun kedua anda terminate sijil tu, tunai keseluruhan yang anda dapat, RM32,000. Kaya wei. Kaya! Kali pertama pegang duit banyak.
8. Err. Okaylah tu kan. RM32K – RM24K = RM8K. Untung RM8K berbanding simpanan cara biasa. Tak faham pasal ASB Financing, saya ada bagi link kat ruangan komen. Klik dan baca.
9. Dengan RM32K tu, boleh jadi modal beli rumah harga RM210K. Atau dua buah rumah berharga RM105K setiap satu. Saya dah kirakan, anda layak. Jangan risau.
10. Lepas beli dua rumah tu, bolehlah anda beli kereta dan silalah kahwin. Dah sesuai sangat dah tu. Rumah tak payah risau, penyewa bayarkan.
11. Beli rumah pertama (subsale), bawah market value. Dapat cashback. Guna cashback beli rumah kedua pakai cara sama. Dapat cashback lagi, kahwin.
12. Mula kerja umur 23 tahun. Dua tahun kemudian umur 25 tahun dah ada dua rumah, kereta dan dah berkahwin. Subhanallah! Cukuplah tu.
Apa lagi yang kau nak hah? Haha. – HF
SHARE jika bermanfaat.
#harithfaisal
NOTA 1: Katakan anda tak terminate sijil ASB Financing RM180K tu pada tahun kedua dan teruskan hingga tahun ketiga. Tunai yang anda bakal dapat adalah RM50K. Boleh jadi modal beli satu rumah RM330K atau dua rumah harga RM165K tiap satu.
NOTA 2: Kalau tak terminate sampai tahun kelima berapa pula dapat? Belajarlah kira sendiri. Link untuk tambah pemahaman dan mahir kira, saya dah bagi ya. Jangan kata abang tak payung. ðŸ˜‰
Sumber : Harith Faisal -OhMedia.my

"Kalau mati, biarlah kami mati bersama......

"Kalau mati, biarlah kami mati bersama"



FARIDAH Ahmad (kiri) ibu kepada arwah Nur Fazilah tidak dapat menahan sebak ketika berada di unit forensik Hospital Kuala Kubu Bharu, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
KUALA KUBU BHARU: "Kalau ditakdirkan kami mati, biarlah kami mati bersama.. tak sanggup rasanya kalau kami terpisah.

Itu kata dilafazkan Allahyarham Nur Fazilah Mad Zan kepada kakak-kakak iparnya semasa mereka berbual dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Menceritakan kembali perkara itu, Habsah Abdul Rahim, 48, berkata adik beradiknya yang lain ada memarahi adik iparnya itu kerana bercakap tentang perkara yang bukan-bukan sebelum mereka sama-sama tergelak.

"Tak sangka apa yang arwah katakan itu jadi perkara nyata, kami semua amat terkejut apabila dimaklumkan adik dan Nur Fazilah serta dua anak saudara kami maut dalam kemalangan.

"Barulah kami teringat semula kata-kata arwah itu, ..tak sangka doanya makbul walaupun kematian mereka amat tragis. Namun ini semua adalah janji Allah, kami reda dengan ketentuanNya," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), hari ini.

Habsah berkata Ahmad Faizal yang lebih mesra dipanggil Abang, anak ke 10 daripada 11 adik beradik dan Nur Fazilah bercinta sejak zaman sekolah sebelum mendirikan rumah tangga lebih lapan tahun lalu.

"Faizal terkenal dengan perangainya yang gila-gila dan menjadi penghibur keluarga dengan wataknya yang kelakar dan suka mengusik kami.

"Rasa macam tidak percaya dia sudah tiada, ..kami begitu terasa dengan kehilangannya kerana kami adik beradik amat rapat antara satu sama lain, kami juga rapat dengan Nur Fazilah serta keluarganya," kata Habsah yang kali terakhir bertemu Ahmad Faizal dan keluarganya pada cuti Aidilfitri lalu.

Seorang lagi kakak Ahmad Faizal, Zuraidah Abdul Rahim, 46, berkata adiknya ada menghubunginya Jumaat lalu bertanyakan sekiranya dia masih ada berhutang wang dengannya.

"Dia juga ada bertanya sama ada kenderaannya mempunyai saman tertunggak. Pada mulanya saya tidak syak apa-apa, tetapi hari ini barulah saya tahu kenapa arwah tanya sebegitu, mungkin dia mahu selesaikan segala hutang sebelum meninggal dunia.

"Arwah ada tanya juga perkara sama pada emak. Saya beritahu dia tiada berhutang apa-apa kerana semua hutangnya sudah dilangsaikan," katanya lagi.

Dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 405.5 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan kira-kira jam 1 pagi itu, Ahmad Faizal, 33, dan isterinya, Nur Fazilah, 33, serta dua anak, iaitu Nur Aimi Nadirah, lapan tahun, dan Ahmad Fakhri Naim, tiga tahun, maut di tempat kejadian.

Bagaimanapun, anak kedua pasangan itu, Ahmad Faqih Nazmi, lima tahun, terselamat dan hanya patah tangan kanan serta cedera di kepala.

Pemandu NISSAN Frontier serta dua penumpang PERODUA Axia dilaporkan cedera, manakala tiga lagi mangsa menaiki Axia dan pemandu Proton Suprima terselamat.

Sumber: BHOnline

Wahhh hebat...!!! Aktiviti Pasangan Mat Saleh ini mengejutkan rakyat Malaysia.....



'Sumbangan kecil kepada jiran'
 

...Pasir Gudang: Suami isteri warga Amerika Syarikat (AS) tidak menyangka tindakan mengutip sampah di sekitar kawasan perumahan mereka mendapat tumpuan orang ramai apabila menjadi viral di laman sosial.

Michael Joseph, 63, ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Taman Bukit Dahlia, di sini, berkata, langkah mengutip sampah itu sudah dilakukan bersama isterinya, Tammy Sue, 58, sejak tiga hingga empat bulan lalu selepas berpindah ke negeri berkenaan pada Disember 2014.

Michael berkata, selepas berpindah ke kawasan perumahan itu, dia dan isterinya selalu memikirkan cara terbaik untuk berkhidmat kepada jiran tetangga sehinggalah terpanggil untuk melakukan khidmat mengutip sampah itu secara sukarela.

"Biarpun kami adalah orang mendatang yang mempunyai perbezaan agama dan fahaman di kawasan perumahan ini, sudah menjadi prinsip hidup kami supaya sentiasa berbuat baik dengan orang lain.

"Ini hanya sumbangan kecil kami kepada jiran yang mana kami ingin membantu mereka supaya kawasan perumahan ini sentiasa bersih selain memudahkan tugas petugas yang memungut sampah di kawasan ini.

"Kami hanya mengutip sampah dan memasukkan ke dalam plastik sebelum dibuang ke tong sampah yang lebih besar, sama ada di tong sampah rumah kami atau di kawasan yang mempunyai longgokan sampah yang banyak," kata bekas wartawan di Texas, AS, itu.

Katanya, sejak berpindah di kawasan itu, setiap pagi dia dan isterinya akan menghabiskan masa bersiar-siar di taman serta melakukan senaman dengan berjalan di seluruh kawasan perumahan.

Pada satu hari mereka terdetik untuk mengutip sampah yang terdapat di kawasan sekitar sementara mereka mengambil angin.

Pasangan yang mempunyai tiga anak berusia 31 hingga 36 tahun itu berkata, mereka hanya mengambil masa kira-kira 45 minit pada setiap hari Isnin dan Khamis bagi melakukan perkara berkenaan dan biasanya, hanya mengutip sampah dalam tiga beg plastik saja.

Menurut Tammy yang juga bekas jururawat di Texas, dia dan suaminya selama ini diajar untuk mencintai orang sekeliling dan itu antara cara mereka menunjukkan rasa kasih serta sayang kepada jiran tetangga.

"Ada jiran yang menghantar mesej kepada kami dan tunjuk bahawa gambar kami tersiar di laman sosial.

"Jiran dan orang sekeliling amat menghargai apa yang kami lakukan. Ada yang akan memberhentikan kenderaan dan mengucapkan terima kasih, malah ada juga yang menghulurkan makanan dan minuman buat kami.

"Bagi kami, ini bukan soal kebersihan semata-mata kerana di mana saja, malah di AS juga, sampah sarap itu memang akan wujud.

"Apa yang kami lakukan ini, bukan untuk memberi persepsi buruk sama ada menganggap kawasan ini kotor atau orang sekeliling yang tidak menjaga kebersihan, tetapi apa yang kami lakukan ini hanya untuk berkhidmat kepada jiran dan kawasan perumahan yang kami diami.

"Bagi kami, apa yang kami lakukan hanyalah perkara kecil, tetapi ia mungkin nampak besar kerana kami dipanggil 'Mat Salleh'," katanya yang kini dalam proses mempelajari Bahasa Melayu dan mengikuti kelas bahasa di rumahnya setiap hari.

Sementara itu, seorang penduduk setempat, Azizah Muda, 48, berkata, tindakan murni pasangan terbabit amat dihargai dan perlu dicontohi rakyat tempatan.

"Memanglah ada rasa malu apabila melihat orang luar pula yang mengutip sampah, tetapi apa yang mereka buat itu, memang harus dicontohi kerana ini kawasan kita.

"Mereka juga amat peramah, selalu bertegur sapa dengan orang sekeliling, malah, pernah juga membantu pihak surau kawasan ini bergotong-royong walaupun berbeza agama," kata suri rumah itu.

Azizah berkata, sejak tinggal di kawasan berkenaan 10 tahun lalu, ini kali pertama dia melihat penduduk setempat melakukan perkara seumpama itu secara sukarela.

Sumber: hmetro
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Ogos 2016 @ 7:59 PM

CIMB tutup 23 cawangan di seluruh negara....

CIMB tutup 23 cawangan di seluruh negara....




KUALA LUMPUR 29 Ogos – CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB Group) menutup 23 cawangannya sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan operasi dan juga menumpukan kepada perkhidmatan perbankan digital.

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sejak Ogos 2015, sebanyak 22 cawa­ngan CIMB Bank di seluruh Malaysia telah ditutup dan satu lagi akan ditutup menjelang akhir 2016.

Katanya, semua kakitangan terlibat telah dipindahkan ke cawangan lain dan pihak bank tidak bercadang untuk membuka cawangan baharu berikutan peng­optimuman digital adalah cara untuk mengukuhkan kedudukan pasaran.

“CIMB Group sedang giat memanfaatkan teknologi bagi me­ningkatkan jumlah pelanggan dan pelan rasionalisasi cawa­ngan adalah berdasarkan konsep mudah untuk diakses.

“Kebanyakan pelang-gan kini lebih selesa dengan teknologi dalam menjalankan urusan perbankan dan kami perlu peka de­ngan trend ini dalam memenuhi permintaan,” katanya kepada pemberita selepas meng­umumkan keputusan kewangan separuh pertama 2016 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ke­tua Pegawai Kewangan Kumpulan CIMB Group, Shahnaz Jamal.

CIMB Group mencatatkan pe­ningkatan untung bersih seba­nyak 1.7 peratus kepada RM1.67 bilion bagi enam bulan pertama ber­akhir 30 Jun 2016 berbanding RM1.66 bilion pada separuh pertama tahun lalu.

Jumlah pinjaman kumpulan berkembang sebanyak 6.6 peratus tahun ke tahun didorong oleh perbankan pengguna manakala jumlah deposit meningkat 7.1 peratus tahun ke tahun.

Menurut Tengku Zafrul, CIMB Group menyemak semula sasaran pertumbuhan pinjaman tahun ini daripada 10 peratus kepada antara enam hingga tujuh peratus sejajar dengan persekitaran operasi semasa yang mencabar.

“Kumpulan juga menyemak semula unjuran pulangan ke atas ekuiti (ROE) daripada 10 peratus kepada sembilan peratus seiring dengan jangkaan pasaran,” tambah beliau.

Sumber: UtusanOnline

MENGGEMPARKAN BETUL !!! DOKTOR SANGKA ADA KETUMBUHAN....RUPANYA....

MENGGEMPARKAN BETUL !!! DOKTOR SANGKA ADA KETUMBUHAN, LIHAT APA YANG KELUAR DARI KAKI LELAKI INI AMAT MENGEJUTKAN!



Menurut perbualan mereka lagi, lelaki tersebut pernah mendapatkan rawatan di Hospital Melaka, namun tiada tindakan lanjut diambil walaupun lelaki tersebut meminta bisul itu dibedah. Tambahnya, bisul itu telah tumbuh (berbintik) sejak dia lahir lagi.

 Hurmm…memang pelik juga bila dakwaan lelaki tersebut diabaikan oleh pihak hospital…Apapun, lihat seterusnya video di link blog dibawah.

http://belogfadah.blogspot.my/2016/08/menggemparkan-betul-doktor-sangka-ada.html?m=1



Warkah buat Uqasha......Ini Respon Dari Uqasha Yang Buatkan Kami Tersenyum dan Respect Pada Mereka Berdua

Coretan Da'i Wan Kepada Uqasha Terima Lebih 14 Ribu Share! Dan Ini Respon Dari Uqasha Yang Buatkan Kami Tersenyum dan Respect Pada Mereka Berdua



'Uqasha Senrose, ini hadiah dariku, seorang lelaki yang imannya turun naik sama sepertimu'

Dulu, sewaktu saya dijemput untuk sebuah event untuk bacakan doa, awak ada sama dalam majlis itu. Tetapi awak tiba lewat, awak bersama rakan-rakan artis yang lain.

Awak cantik sangat malam tu. Tak berkelip mata lelaki yang terlihat awak. Berpakaian cantik dan bertudung cantik. Kehijauan penuh. Tertutup dari atas sampai bawah. Warna2 syurga dapat saya perincikan kalau nak ikut hadis Nabi.

Saya terus sahaja tundukkan pandangan. Iyalah, ustazkan. Ececeh. Tapi hati saya kerap sahaja terasa nak terdongak melihat awak. Saya tahu saya salah. Sepatutnya saya beristighfar. Terbalik jadinya. Ha2. Itulah powernya wanita buat laki-laki.

Umur kita sama Uqasha. Tapi mungkin dunia kita berbeda, lagu Tetap Dalam Jiwa, Isyana Sarasvati.

Ya, hidup kita berbeda Uqasha. Saya jauh dibumi dan awak pula tinggi di langit.

Namun awak tahu apa?

Tak pernah sekali pun saya fikir yang kita takkan bertemu. Saya yakin kita pasti bertemu meskipun dunia kita berbeda kini.

Nak tahu sebab apa?

Sebab awak punyai agama yang sama saya miliki kini.

Uqasha, bila awak tercari-cari akan hidayah Allah swt disaat dulu awak diuji, itu mungkin sebenarnya 'The right time' yang mana kami seluruh rakyat Malaysia tahu, itu sepatutnya menjadi turning point untuk awak.

Awak berhijrah dengan mengenakan tudung. Meskipun sampai dinihari tak pernah sempurna, tapi awak kekal istiqomah.

Uqasha, baca ni.

'Saya berikan pujian dan penghormatan pada awak khas dari saya sendiri sebagai seorang lelaki apatah lagi seorang yang berstatus ustaz.'

Uqasha, terima kasih untuk hidayah Allah swt yang telah sampai pada hati awak dan awak terima baik dengannya.

3 tahun lebih, dan awak masih istiqomah.

Saya puji ni, Uqasha. Saya puji kerana kita telah sama kini.

Kita telah letakkan penganggungan syariat Allah swt dalam diri kita semata untuk tunaikan perintah Allah swt.

Kita sama kini Uqasha. Tiada beza saya seorang ustaz dan awak seorang selebriti, selagi kita dua tahu yang mana patut kita agungkan dalam hidup kita.

Syariat Allah swt, that's it. Itu yang patut kita agungkan sampai kita mati nanti Uqasha sebagai seorang Islam.

Namun saya faham.

Kehidupan awak jauh diufuk awanan nun tinggi dilangit sana. Awak hidup dilangit bersama bintang2 yang memagari hanya bulan. Makna kata kehidupan yang 'Exclusive'. Kehidupan awak serba cantik diatas sana. Kehidupan saya pula hanya sahaja membumi ditanah gersang ini. Kadang2 mendongak juga keatas melihat kehidupan awak dan bintang2 yang lain.

'Mungkin saya tidak punya apa-apa melainkan titipan sebuah doa untuk mereka-mereka yang diatas' berkata saya saat mendongak itu.

Alhamdulillah, Allah makbulkannya Uqasha dan salah seorang lagi yang terpilih ialah awak.

Hari ni, awak sudi memandang ke bumi, tempat saya melihat awak.

Saya sedang berbicara dengan awak kini,
maka dengarkanlah dan fahamkan ini:

1. Kecaman manusia
2. Fitnah manusia
3. Cakap belakang manusia
4. Dengki & cemburu manusia

Ni semua ujian Allah untuk kita, Uqasha.

Saya tahu awak perempuan, awak cepat rasa tak mampu menanganinya seorang diri walaupun Allah dah bagitahu yang dia uji takkan lebih dari kemampuan hamba Dia.

Saya hadir malam ini Uqasha, berikan awak satu harapan baru untuk ubah cara hidup awak sendiri. Bukan ubah siapa awak. Itu.

Cuma saya minta, awak tanamkanlah 'Tekad'. Itu sahaja Uqasha ya.

Pertama, untuk istiqomah ialah suasana. Awak tak nak dilabel munafik, pura-pura, dah lah pakai tudung tapi kerja berlakon, mungkin ada scene peluk sana dan sini, pegang sana sini, awak tak nak dikecam. Awak risaukan hal itu. Ya, saya faham. Jadi, malam ini saya minta awak ubah suasana awak berkawan. Jangan putus kawan dengan siapa2 kini, tapi buat tambahan baru. Saya syorkan, kenal dengan mereka ini, Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Felixia Yeap

Kes dera lagiii...disahkan meninggal dunia beberapa jam sebelum....



Kanak-kanak mati didera


JENAZAH kanak-kanak disyaki didera dibawa pekerja bilik mayat. FOTO Rosli Ilham
Dungun: Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera kakak dan abang iparnya di Paka, tengah hari semalam.

Mangsa, Nudzirah Nur Safiah Sabarudin dikejarkan ke Klinik Kesihatan Paka kira-kira 3 petang tetapi disahkan meninggal dunia beberapa jam sebelum itu.

Pemeriksaan pegawai perubatan di klinik kesihatan itu mendapati kesan lebam di badan dan kaki mangsa.

Kanak-kanak itu dikatakan dijaga kakak dan abang iparnya kerana ibu bapanya bekerja di Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah mengesan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber: mymetro
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Ogos 2016 @ 3:03 PM

Monday, 29 August 2016

Kena Cerai Sebab Malas Masak...

Kena Cerai Sebab Malas Masak

..
Sikap malas memasak antara salah satu punca bintang Akademi Fantasia (AF), Zila Seeron diceraikan suaminya, pelawak Along Cham.
Memetik laporan Kosmo! Along membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah semalam yang kemudiannya membenarkan permohonan cerai itu.
Zila atau nama sebenarnya, Nur Azilah Seeron, 28, diceraikan Along dengan talak satu pada pukul 10.40 pagi semalam mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.
Terdahulu semasa prosiding, Abd. Halim bertanya kepada Along sebab utama me­ngapa beliau mahu bercerai.
Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, kemudian memberitahu, Zila tidak suka ditegur apabila tidak memasak untuk anak mereka.
“Sebabnya adalah sesuatu yang kelakar, dia tidak suka saya marah atau menegurnya kerana tidak memasak,” kata plaintif itu ringkas.

10 Tanda-Tanda Bahawa Dia Bukan Jodoh Yang Baik Untuk Kamu





Assalamualikum


Jodoh.....itu memang rahsia Allah dia telah tetapkan siapa untuk kita tetapi kita perlu berusaha untuk mencari siapakah dia. 

Walaupun serapat manapun kita dan apa jua cara untuk kita buat untuk menghalang jika dia bukan jodoh kita maka bukanlah, sejauh mana pun kita berlari jika kita di takdirkan bersatu maka akan bersatu. Hari ini saya ingin kongsikan 10 tanda bahawa dia bukan jodoh yang baik untuk kamu. Contoh daripada 10 tanda-tanda tersebut adalah:


Tanda Pertama : Kamu mempunyai senarai tentang apa yang kamu tak suka tentang pasangan kamu

lumrah manusia tak sempurna dan banyak kelemahan, tetapi apa yang kamu tak suka tentangnya dia mampu di senaraikan berpuluh-puluh dan kamu simpan dengan rapi di hati kamu dan tak mahu menunjukkan kerana kamu sayang dia.

Tanda Kedua : Selalu menjauhkan konflik antara kamu berdua

Jika berlaku salah faham itu biasa, tetapi apabila setiap masalah itu selalu cuba di jauhi dan bukan mencari penyelesaian., di simpan terus di dalam hati. Jika lama-lama di simpan jika berlaku konflik nanti masalah kecil pun boleh jadi besar kerana rasa tak puas hati yang berlarutan.

Tanda Ketiga : Dia tak pernah menhiraukan tentang kesihatanmu

Sebagai contoh, dia tahu kamu alahan tetapi bersama kamu dia tetapi hisap rokok dan tidak mempedulikan kamu. 

Tanda Keempat : Dia sentiasa mahu perubahan dari kamu tapi dia tak mahu berubah dirinya sendiri.

Dia mahu kamu berubah untuk jadi lebih baik, sebagai contoh dari memakai baju yang seksi kepada yang lebih sopan dan bertutup. Dari tak bertudung ke memakai tudung, dia mahukan perubahan kamu.Tapi bila tiba dia ? dia tak mahu lakukan perubahan , katanya susah untuk lakukan berubahan.. 

Tanda Kelima : Dia tidak percaya dengan kamu

Kepercayaan ada teras dalam perhubungan , tetapi kalau tidak ada kepercayaan itu bagaimana perhubungan itu mahu di teruskan ? sebagai contoh kamu mahu pergi keluar tengok wayang dengan kawan-kawan dia meminta kamu laporkan setiap 1 jam apa yang kamu buat ? sebagai pasangan perlu ada toleransi dan kepercayaan.

Tanda Keenam : Dia tak pernah menyokong apa yang kamu suka (impian dan cita-cita )

Sebagai contohnya impian kamu adalah teringin mahu jadi doktor , tetapi apa yang si dia katakan bahwa " tak payahlah jadi doktor , perempuan bila dah kawin tugaskan kat dapur juga " . 

Tanda Ketujuh : Dia selalu buat kamu bersedih, duka dan tiada mood

Bila jumpanya tak sah kalau tak bergaduh, tak sah kalau kamu mesti tak menangis kerananya. Sehinggakan menjejaskan aktiviti harian kamu dan buatkan kamu tak ada mood. Buat itu tak boleh , buat ini tak berkenan di matanya

Tanda Kelapan : Dia tak pernah hargai dan peduli apa yang kamu buat

Dalam perhubungan saling menghargai satu sama lain itu satu pekara yang penting, tetapi bila kamu buat sesuatu untuk dia, tapi dia tak hargai ? kamu cuba masak mee goreng dan minta dia rasa ," awak saya tak makan mee goreng la ,lain kali tanya dulu sebelum masak tu,sama ada saya suka atau tidak" Si dia belikan tudung, "ishh awak nie belikan tudung nie tak cantiklah tak pandai betul pilih warna" 

Tanda Kesembilan : Tiada "chemistry "atau keserasian

Keserasian itu penting kerana kamu adakan hidupnya dengannya dalam jangka waktu mungkin lama. Jika setiap hari bergaduh, salah faham sikit bertumbuk, tak boleh buat salah sikit maka nak marah-marah? bagaimana nanti bila dah berkahwin ? 

Tanda Kesepuluh  : Dia tak pernah membicarakan tentang masa depan hubungan kamu berdua, hal perkahwinan dan membawa jumpa ibu bapanya.

Jom kite sama-sama doa yang terbaik. Moga Allah beri yang terbaek buat kite semua.Amiinnn...

Dr. Khir Toyo Kahwin Buat Kali Kedua

Dr. Khir Toyo Kahwin Buat Kali Kedua



Difahamkan Dr Mohamad Khir, 51, dan pasangannya Christine Zanitrah atau nama asalnya Christine Tan, 39, yang memeluk agama Islam pada April lepas, melangsungkan perkahwinan mereka di satu majlis dalam negara.

"Perkahwinan kedua Dr Mohamad Khir itu berlangsung di dalam negara, Christine Zanitrah merupakan penjawat awam di Putrajaya," kata sumber terdekat dengan Dr Mohamad Khir kepada Bernama.

Sumber tersebut turut mengirim beberapa keping gambar Christine Zanitrah pada majlis itu, yang memakai busana pengantin rekaan pereka terkenal Datuk Radzuan Radziwill.

Perkahwinan pertama Dr Mohamad Khir bersama Zaharah Kechik pada 1990.


Sumber:http://www.kakishare.my/

Sunday, 28 August 2016

Doa Ketika Hati Ragu Kepada Seseorang Yang Kita Dicintai..

Doa Ketika Hati Ragu Kepada Seseorang Yang Kita Dicintai...



Do'a Ketika Hati Ragu Kepada Seseorang Yang Dicintai - Dalam hidup ini terkadang kita harus dihadapkan dengan pilihan, termasuk dalam hal jodoh, karena bisa saja yang menurut kita baik belum tentu yang terbaik menurut Allah bagi kehidupan kita, dan bisa saja yang menurut kita buruk justru menurut Allah adalah yang terbaik bagi kehidupan kita.


Doa Ketika Hati Ragu Kepada Seseorang Yang Dicintai

Bismillaahirrahmaanirrahiim: "Yaa Allah, Sesungguhnya aku memohon pertunjuk dari-Mu, berilah aku pilihan yang terbaik kepadaku dengan ilmu yang ada pada-Mu, dan aku memohon kekuasaan-Mu untuk menyelesaikan urusanku dengan keizinan Qudrat-Mu, dan aku jua memohon kepada-Mu sebahagian dari karunia-Mu yang agung, karena
sesungguhnya Engkau Maha Kuasa sedangkan diri hamba-Mu ini penuh dengan kekhilafan, dan Engkau jua Maha Mengetahui, sedangkan diri hamba-Mu ini penuh dengan kejahilan, dan Engkau jualah Maha Mengetahui perkara yang ghaib yang telah Engkau tetapkan untukku."

"Yaa Allah, sekiranya Engkau tahu bahwa fulan/fulanah itu adalah lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta lebih baik pula akibatnya di dunia dan akhirat, maka takdirkanlah dan mudahkanlah ia untukku, kemudian berkahilah aku dalam urusan jodoh ini."

"Namun sekiranya Engkau tahu bahawa fulan/fulanah itu adalah lebih buruk untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta lebih buruk pula akibatnya di dunia dan akhirat, maka jauhkanlah ia dariku, dan jauhkanlah aku dari urusan ini, dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun, dan jadikanlah aku ridha menerimanya, dengan ini, aku bersujud padamu Yaa Allah, mengharap dan merintih kepada-Mu, air mata yang mengalir ini ku biarkan ia menitis demi mengharap kasih sayang mu, yang manakah terbaik untukku, sesungguhnya hidupku dan jua matiku adalah semuanya Hanya karena-Mu, semoga Engkau mengasihani diriku yang mendambakan petunjuk-Mu.

Aamiin yaa rabbal'aalamiin.

Saturday, 27 August 2016

PELiK.!!Sesuatu Yang Aneh Berlaku Semasa Perompak Ini Cuba Merompak Kedai 24 Jam.. Pelik... Tapi ? Sesuatu yang aneh berlaku semasa perompak ini cuba merompak kedai 24 jam.. pelik... tapi ?

Sesuatu Yang Aneh Berlaku Semasa Perompak Ini Cuba Merompak Kedai 24 Jam.. Pelik... Tapi ?
Sesuatu yang aneh berlaku semasa perompak ini cuba merompak kedai 24 jam.. pelik... tapi ?

Lihat video disini:

http://ediamedia.blogspot.my/2016/08/sesuatu-yang-aneh-berlaku-semasa.html?m=1


Sumber: emedia & beritamalaysiakini

DAHSYAT...!!! Budak 10 tahun diperkosa, tubuh dipotong.....

Albuquerque, New Mexcio: Seorang wanita menghadapi tuduhan membunuh anak perempuannya yang berusia 10 tahun bersama teman lelaki dan sepupu perempuan lelaki itu selepas polis menemui mayat mangsa yang dipotong beberapa bahagian dalam apartmen mereka di sini, semalam.
Michelle Martens, 35, teman lelakinya Fabian Gonzales, 31, dan sepupu lelaki berkenaan, Jessica Kelley, 31, juga menghadapi tuduhan mendera mangsa hingga menyebabkan kematiannya, menculik serta melupuskan bukti. Gonzales dan Kelley juga menghadapi tuduhan melakukan jenayah seks terhadap kanak-kanak.
Mangsa, Victoria Martens, ditemui mati beberapa jam sebelum menyambut hari jadinya yang ke-10 dalam apartmen ibunya dengan anggota tubuhnya dibungkus dalam selimut.
Menurut polis, Victoria disuntik dengan methamphetamine, diserang secara seksual, dicekik dan ditikam sebelum tubuhnya dipotong.
Ketua Polis Albuquerque, Gorden Eden, berkata anggota polis pergi ke apartmen berkenaan selepas menerima panggilan melaporkan ada pergaduhan dan Michelle memberitahu ada orang membunuh anaknya sebelum polis menemui mayat kanak-kanak yang dibunuh kejam itu.
Menurut polis, ibu mangsa kemudian memberitahu polis, Fabian memberi dadah kepada anaknya bagi memudahkannya melakukan seks dengan mangsa.
Jessica yang menutup mulut Victoria dengan tangannya, menikam perut mangsa selepas Fabian mencekik budak itu.
Menurut Michelle, Fabian dan Jessica kemudian memotong tubuh Victoria.

Sumber: hmetro
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Ogos 2016 @ 5:19 PM