Thursday, 29 September 2016

Sahabatku Maduku..

NORINIE (baju putih) bersama Ida. FOTO ihsan Ida Nirwana

Kuala Lumpur: Atas dasar kasih dan sayang terhadap sahabatnya yang juga dianggap kakak, ahli perniagaan, Ida Nirwana Marzuki memutuskan untuk merisik, meminang seterusnya menjadikan wanita itu sebagai madunya.

Ida, 26, berkata, madunya, Norinie Rahmad, 35, yang juga yatim piatu disifatkannya sebagai pilihan terbaik untuk berkongsi kasih dengan suaminya.

Katanya, dia sendiri memujuk suaminya, Nurul Hakim Mohd Kusaini, 32, menerima Norinie.

"Pada awalnya suami agak keberatan kerana tidak pernah berhasrat untuk berkahwin dua selain tidak mempunyai apa-apa perasaan dan menganggap Norinie hanya rakan berniaga.

"Suami memaklumkan supaya diberi masa untuk berfikir. Dalam tempoh itu juga, hampir setiap hari saya memujuknya dengan memberitahu semua itu untuk menghalalkan hubungan, mengelak menjadi fitnah orang lain dan rasa tanggungjawab seorang sahabat," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Menurutnya, dia bersyukur suaminya akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan rakannya itu.

"Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Daripada merisik, bertunang sehinggalan kepada majlis akad nikah diadakan semalam (Rabu) pada 11 pagi di Masjid As-Syakirin, Desa Petaling dan dihadiri oleh keluarga terdekat serta saudara-mara.

"Penerimaan keluarga juga baik dan tiada sebarang masalah malah anak lelaki saya berusia tiga tahun juga sangat rapat dan manja dengan madu saya sehingga memanggil madu saya dengan nama 'didi'.

"Kami bercadang untuk tinggal serumah iaitu di kediaman saya dan suami di Taman Permaisuri, Cheras dalam masa terdekat ini," katanya.

Menceritakan detik perkenalan bersama madunya, katanya, dia mengenalinya awal Mei tahun lalu ketika menghadiri kursus yang menawarkan perundingan imej di sebuah hotel di ibu negara.

"Sejak itu hampir setiap hari, saya, madu dan suami keluar bersama. Selain menjadi rakan perniagaan, hubungan itu semakin rapat bukan hanya sekadar sahabat tetapi seperti kakak sendiri.

"Sepanjang tempoh lebih setahun ini, kami turut berkongsi mengenai kehidupan masing-masing apatah lagi saya juga sudah berpindah ke Cheras, berdekatan dengan kediaman madu. Jadi, hampir setiap hari kami meluangkan masa bersama," katanya.

Katanya, madunya juga baru kehilangan ibu tersayang pada Mei 2016 selain adik beradik yang lain sudah membawa haluan masing-masing selepas berkahwin.

"Dari situ, timbul simpati memandangkan madu hidup seorang diri di Kuala Lumpur. Saya mahu dia menjadi sebahagian daripada hidup saya menyebabkan saya membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai madu.

"Saya mengambil masa selama lebih dua bulan untuk melamarnya dan tidak ada sedikit pun perasaan sedih malah teruja kerana apa yang dilakukan memang di atas kerelaan hati saya.

"Walaupun ada wanita yang memandang poligami secara negatif, saya kini semakin bahagia biarpun terpaksa berkongsi kasih," katanya.

Sumber: Harian metro online
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 September 2016 @ 7:28 PM

Wednesday, 28 September 2016

TERGEMPAR...!!! UM TIDAK PERNAH KELUARKAN IJAZAH KEHORMAT DOKTOR KEUSAHAWANAN KEPADA AZIZAN OSMAN..

[Apa lah nak jadi dengan nasib Bumiprenuers?]

1. Kementerian Kewangan sebagai penganjur inisiatif BAHTERA ni, bila nak buat apa-apa program, semak lah CV Azizan Osman ni sebelum jemput dia sebagai penceramah.

2. Tengok sendiri link Linked in yang dia letak, PhD Metaphysics Science dari Gordon University tu, universiti yang tak wujud. PhD Psychology dari UKM pulak? Kalau betul dia grad UKM, dia dah letak dah gambar konvo UKM tu bersepah-sepah. Dulu dia kata UM pulak bagi honorary doctorate kat dia. Sembang kencang macam tu siapa pun reti, tapi bukti tak pernah ada.

3. Masalahnya, dia ambik first degree apa dan masters degree apa yang melayakkan dia pursue PhD kat UKM tu? Pun dari Gordon University yang tak wujud jugak. Yang dia 'ada' pun Diploma dari UiTM. Alahai, benda tak klik langsung.

4. Rakan kami dari SNTM dah bongkarkan yang dia letak PhD dari KLIUC pulak. Mana satu yang betul ni? (Walaupun semua tak betul. Euww!)

5. Tolong lah, nak bangunkan keupayaan bangsa dalam ekonomi pun pastikanlah bendanya dan programnya legit.

6. Jangan nak kata dia datang ni nak bagi ilmu bagai dengan ikhlas. Berapa puluh ribu nak kena bayar dia ni? Dia cari makan cara ni kalau dia tak letak title 'Dr.' tu tak boleh? Guna je title Encik. Kami pun tak sibuk nak buat isu.

7. Bumiputera kena kencing atas bawah depan belakang, waima dengan inisiatif macam ni sekalipun. Panggillah pensyarah universiti ke tokoh perniagaan sebenar yang tak guna title palsu.

8. Ada program buat tangan kat kepala macam alien tu tak?

-AK74-
Sumber: pseudoscience watch

PENJELASAN FAISAL NASIMUDIN BERKENAAN ISU PEREBUTAN ANAK

Jadi viral di laman-laman sosial media hari ini mengenai dua buah video yang memaparkan aksi tarik menarik seorang kanak-kanak dia antara bapa dengan ibunya yang dikatakan sudah bercerai.

Berikutan tersebarnya video tersebut di laman-laman media sosial, lelaki di dalam video tersebut, SM Faisal yang merupakan boss kepada kumpulan Naza telah tampil memperjelaskan isu sebenar mengenai perkara yang berlaku di sebalik rakaman video tersebut.

Saya bukanlah seorang individu yang gemar menghebahkan urusan peribadi dan keluarga saya di mata umum, namun selepas sebuah video dihebahkan dan mendapat pelbagai ulasan daripada netizens, saya terpanggil untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dalam insiden tersebut.

Saya telah ke Mahkamah Syariah atas perintah penghinaan mahkamah (contempt matter) terhadap bekas isteri saya yang gagal hadir ke prosiding sebelumnya.

Saya pergi bersama ibu, adik lelaki dan adik perempuan saya, kerana ibu dan adik-adik saya mahu bertemu dengan cucu dan anak-anak saudara yang dirindui.

Terdapat ramai wakil daripada pihak bekas isteri saya yang turut hadir, termasuk beberapa orang individu yang merakamkan segala yang berlaku dalam kamar Mahkamah.

Pada penghujung prosiding, pihak Mahkamah memberi kebenaran kepada saya untuk membawa pulang tiga orang anak-anak saya selama satu hari sahaja.

Walaupun untuk sehari sahaja, saya amatlah gembira. Namun, disebabkan anak sulong saya tidak sihat, pihak mahkamah setuju membenarkan dia untuk tinggal bersama ibunya.

Keluarga pihak bekas isteri telah melaungkan kata-kata nista terhadap saya dan keluarga. Saya tidak bertindak berkata apa-apa kerana saya hadir ke mahkamah dengan tujuan untuk bertemu dengan ketiga-tiga orang anak saya yang sangat saya rindui….

Selesai prosiding, bekas isteri saya telah menunjukkan keengganan beliau melepaskan anak-anak. Kejadian ini telah menyebabkan anak-anak saya berasa bingung, keliru dan takut.

Dalam kejadian inilah bekas isteri saya tiba-tiba rebah ke lantai sambil mendakap anak saya dengan kuat. Kejadian yang disaksikan ramai orang di dalam mahkamah telah menyebabkan anak saya terus ketakutan.

Kejadian ini telah dirakam oleh individu tadi dari sudut belakang. Saya tidak bertindak ganas, sebaliknya saya telah merayu kepada bekas isteri saya untuk membenarkan saya berjumpa dengan anak saya itu sambil saya menghulurkan tangan untuk mendakap anak saya.

Melihat kepada riak wajah anak saya, saya tahu saya tidak akan dapat membawa pulang anak saya pada hari itu.

Saya hanya dapat membawa pulang anak bongsu saya, dan saya amat bersyukur. Saya sempat meluangkan masa bersamanya, membawanya berjumpa dengan sepupu-sepupunya dan melepaskan rindu saya yang teramat terhadap anak bongsu saya itu.

Pada keesokan harinya, seperti yang diarahkan oleh pihak Mahkamah, saya telah menyerahkan semula anak saya itu kepada penjagaan bekas isteri saya.

Saya merayu agar pihak media atau masyarakat tidak menggembar-gemburkan perkara ini kerana ia adalah urusan peribadi dan keluarga saya.

Walaupun ada pihak yang sengaja membesar-besarkan perkara ini demi publisiti atau apa pun niat yang lain, saya bersama keluarga saya akan terus tabah dan akur kepada keputusan pihak Mahkamah.

Sumber: ohmymedia /  FB Faisalnasimudin

BILA DAH JADI SUAMI.....

Untuk tatapan para suami n bakal2 suami...

Sumber: Kelantanese

Monday, 26 September 2016

Reality Pekerja Bank....

Luahan rase sahabat:

Mo bgtau sikit la pasal keja bank ni.. korang jangan la kutuk2 orang keja bank ni.. dia buat silap sikit da korang sumpah seranah... dia cakap terkasar sikit da korang laknat mcm2 sampai viral d fb...

Keja bank ni bukan mudah bang akak.. nampak mudah keja duduk dalam aircond saja... walhal bukan mcm tu.. masuk keja jam 8.30 pagi balik keja jam 8-9 belum tentu ada dekat ruma.. kadang ada sampai jam 1-2 pagi baru balik.. time ofis hour keja front ofis layan customer yg mcm2 perangai... abis ofis hour kena buat keja back ofis lagi... repot tu repot ni kena buat... kalau balance alhamdulillah... tengo2 jam pun jam 8 malam da.. tu kalau balance, kalau tia balance korang rasa jam brapa dorang balik???...

keja bank ni mental kena kuat, tahan tukul orang cakap... pikir mcm ni saja la... berdepan dengan customer seharian, mana lagi karenah pegawai atasan, lepas tu fail dan dokumen tiap2 hari bertimbun kena siapkan juga hari yg sama, HQ lagi keluar pekeliling itu ini dannmcm2 hal lagi la.... ni semua masuk dalam kepala dalam masa 1 hari.. TEKANAN KUAT woooo....

Kalau korang jenis yg biasa keja makan gaji jam 8 masuk keja pastu jam 9 pagi keluar minum, jam 11 balik ruma, jam 2.30 masuk keja balik lepas tu jam 4 balik ruma... rasanya tia akan tahan keja bank.. yg ni saya pasti... ko keja tempat lain boleh la buat 'keja kau keja kau, keja aku keja aku'... keja bank no la.. semua keja yg dalam bidang kuasa ko kena amik tau.. bila ada staf cuti maka ko kena relief keja dia.. tia boleh cakap tia tau... ofis boy cuti pun ko kena relief juga walaupun ko kerani bank...

Penah sorang pegawai bank bgtau " keja bank ni bukan setakat isi kita kena makan, sampai ke tulang2 kena makan"... mcm tu la.. kehidupan sosial jangan cerita la.. mcm tada life kadang2.. masa dgn famili kurang... ada masa balik keja trus saja ttido dekat sofa.. tada mandi tada makan.. esok pagi bangun mandi tukar baju p keja lagi...

orang cakap keja bank banyak duit.. mmg banyak.. kena bayar overtime la, claim keja luar la dan mcm2 claim lagi.. tapikan kalau disuruh pilih antara overtime dengan balik awal, majoriti akan pilih balik awal... dorang buat keja sampai lewat malam bukan pasal kejar ot.. tapi pasal rasa tanggungjawab... ada pula yg jenis buat keja tapi bila sampai masa mo claim ot, borang claim ot pun malas mo isi.. bagi halal ja la dengan bank.. sampai mcm tu skali..

Satu lagi, staf bank yg keja front ofis ni bukannya kurang mesra atau sombong... ramai yg bercakap dengan customer sambil tunduk kepala.. bang akak kalau tak tau tanya kenapa mcm tu.. bukan dorang saja2 buat.. keja front ofis ni "kaunter operasi" selalu kena pesan, jangan tenung mata customer nanti kena pukau... itu masalah dia.. bukan tada jadi kes.. banyak kes da berlaku sebenarnya.. lagi satu dorang buat mcm tu utk jimatkan masa... tak mo cerita banyak2 lama2 dengan customer... pasal ramai lagi customer lain menunggu.. keja back ofis lagi kena buat lepas tu.. harap faham la..

Apa pun, masuk dulu dalam bidang tu baru tau mcm mana... kalau ada dekat luar saja mcm2 benda kita boleh fikir.. mcm ko belajar la.. kalau x p sekolah mcm mana mo pandai, mcm mana mo dapat ilmu.. ni ko duduk luar pagar sekolah, bila bodoh ko salahkan cikgu pula... semua orang yg salah.. ko tada salah.. ko kawin tia dapat anak pun ko salahkan orang juga.. bukannya mo tengo ngam ka tidak tempat ko cucuk.. ni bahasa kasar dia la.. saya minta maaf bukan mahu mengutuk org yg kawin tapi tiada anak tapi penggunaan bahasa2 kasar mcm ni utk buat org paham..

Next... nantikan perbezaan sistem perbankan konvensional dan syariah....

Sumber : Copy Paste

Sunday, 25 September 2016

KEAJAIBAN TAHJUD..

Ini Apa Yang Terjadi Bila Kita Sentiasa Ingat Dia

Assalamualaikum. Thank you admin sebab sudi approve confession ni. Sebelum ni cuma share dekat kawan. Tak berani nak share dekat social media. Rasa nak share sebab rasa excited baca confession tahajjud tu. This is what happened to me bila I ubah sikit kehidupan seharian.

Sebelum tu meh flashback kehidupan dulu. Masa degree, sem 1 sampai sem 3, hari hari menangis sebab stress sangat study. Study gila-gila, asyik menangis, tapi tak score pun. Masuk sem 4, buat azam baru, taknak menangis. Haha. Jadi, I cuba benda baru. Instead of menangis, I selawat & istighfar. Sebab masatu tak mampu nak bangun tahajjud, jadi buat solat sunat dhuha. Selawat, istighfar & dhuha. 3 je ni konsisten buat. Sebab masatu rasa macam, hanya ALLAH je boleh bantu, hanya ALLAH je boleh lapang kan fikiran dan selesaikan masalah. Masa ni memang rasa desperate sangat. Rasa macam takde harapan langsung.

Hasil dia, sepanjang semester 4, tak rasa stress langsung. Setiap hari rasa happy. Subjek pun Alhamdulillah senang faham and tak stress belajar. Tak perasan pun part stress. Sampailah ada kawan tegur, kenapa dia tengok I macam relax sangat, happy je. Padehal subjek susah kot! I was, “emm susah ke. Tak rasa susah pun”. Jawab dalam hati. Entah kenapa, semester 4, rasa macam everything mudah. And pointer I naik mendadak semester 4 tu. Bila reflect balik, baru sedar, bila kita ingat ALLAH, dan selalu berdoa, inshaALLAH semua kerja jadi mudah. Alhamdulillah.

Semester 5 & 6 upgrade sikit bangun tahajjud dan baca quran sampai subuh. Weh effect dia dahsyat weh. Walaupun you ada masalah bertimpa-timpa, tapi pertolongan datang dari segala sudut. Walaupun ada masalah, orang senang sangat nak tolong. Serious weh tak tipu. I spent my last 3 semester dengan hati gembira tanpa stress. Senang sangat nak faham apa cikgu ajar.

Lagi satu, bila you rajin buat dhuha, you akan perasan, yang apa yang you ada, semua cukup. Even duit you sikit pun, you takkan perasan. Unless you buat kira-kira baru you perasan duit tak banyak, tapi semua serba cukup. Duit tu macam tak pernah putus. Rasa macam dah habis guna duit, tetiba ada lagi duit. Serius tak tipu. Kalau rajin buat dhuha, memang semua akan terasa cukup. Memang cukup pun. Tak percaya, try buat solat dhuha. Paling malas, selawat lah kalau ada masa lapang. Instead of menyanyi lagu korea masa buat assignment, try selawat. Dalam kereta, instead of nyanyi lagi Taylor Swift, try selawat for a change. Try. Try je. Tak dosa pun selawat. Konsisten buat. inshaALLAH ada perubahan positif dalam hidup you.

– M

Sumber: IIUM Confressions

Penangguhan kerja penambahbaikan sistem pengagihan air

Penangguhan kerja penambahbaikan sistem pengagihan air

SIARAN MEDIA                                                                                   
25 SEPTEMBER 2016

Kuala Lumpur – Kerja-kerja penggantian perkakasan sistem pengagihan air di Petaling dan Kuala Lumpur yang telah dijadualkan pada 27 September 2016 jam 3:00 pagi sehingga 28 September 2016 jam 8:00 malam telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Oleh yang demikian, kawasan-kawasan di Petaling dan Kuala Lumpur yang tersenarai dalam kenyataan media sebelum ini tidak akan mengalami gangguan bekalan air  sementara pada tarikh tersebut. 

Maklumat terkini mengenai kerja-kerja berjadual dan tidak berjadual dikemaskinikan di aplikasi telefon bimbit “mySYABAS”dan www.syabas.com.my

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Dikeluarkan oleh:

Amin Lin Abdullah
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Kumpulan Air Selangor

Sumber: http://www.syabas.com.my/press-release

Saturday, 24 September 2016

Hampir 80 peratus bahagian rahangnya mereput akibat dimakan sel barah..

Besut: “Ya Allah...sembuhkanlah Syafi...Syafi nak pergi sekolah, Syafi rindu kawan-kawan.”
Itu doa Mohammad Syafi Mohd Syahrizan, 7, yang kini sedang menderita dan terlantar di rumahnya berikutan penyakit barah tulang yang dihidapinya sejak dua tahun lalu.
Bapanya, Mohd Syahrizan Ibrahim, 39, berkata anak kecil itu yang dahulunya sangat aktif bersukan dan peramah kini tidak mampu lagi bergerak.
Malah, katanya, hampir 80 peratus bahagian rahangnya mereput akibat dimakan sel barah itu.
“Sebelum ini, anak saya mendapatkan rawatan pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kuban Kerian, Kelantan, sebaik sahaja mendapat tahu Syafi dijangkiti barah ‘Infantile Fibrosarcoma’, dua tahun lalu.
“Namun, kesihatan Syafi makin merosot sejak Februari lalu dan rahang kiri yang dijangkiti ketumbuhan tersebut mereput sedikit demi sedikit sehingga menampakkan hampir keseluruhan rongga dalam mulutnya termasuk lidah dan tekak.
“Giginya turut luruh satu persatu dan kini hanya tinggal beberapa batang sahaja,” katanya, di sini, hari ini.
Mohd Syahrizan yang juga guru kaunseling di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud, Besut, berkata doktor pakar juga menyatakan tiada lagi rawatan yang boleh diberikan kepada Syafi kerana barah yang dihidapi anaknya itu sudah di tahap kritikal.
Namun, setiap bulan beliau perlu membelanjakan kira-kira RM6,000 bagi menampung kos ubat-ubatan Syafi termasuk susu khas dan kain balutan atau ‘dressing’ bagi menutup luka di rahang Syafi.
Ibu Syafi, Norzuriana Madri, 38, yang juga guru, berkata walaupun harapan untuk Syafi sembuh hampir tiada, namun beliau adalah anak yang tabah dan jarang menunjukkan kesakitannya pada umum.
“Sepanjang dia menjalani tempoh rawatan kemoterapi hingga saat ini, tidak pernah sekalipun dia menangis, merintih atau merengek kepada saya tentang penyakitnya itu.
“Cuma sesekali dia akan menangis jika keinginannya tidak dipenuhi seperti mahu dibelikan mainan.
“Justeru, selagi termampu, selagi ada hayatnya kami akan cuba tunaikan permintaan beliau termasuk membawanya bersiar-siar ke Legoland di Johor Bharu, menaiki kereta bomba, berjumpa watak kartun kegemarannya iaitu Ultraman dan bertemu singa putih di Bukit Gambang, Pahang.
“Semoga dengan menunaikan hajat Syafi, sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan kesedihan dan kesakitan yang dialaminya.
“Syafi juga pernah minta untuk memasak mi segera dan dihidangkan kepada kakak, abang dan adiknya. Ini membuktikan semangat juang Syafi sangat tinggi dan tidak mengalah walaupun sedang bertarung dengan penyakitnya,” katanya.
Kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk menghulurkan bantuan kewangan boleh salurkan di nombor akaun Maybank 563046317184, Mohd Syahrizan Ibrahim atau sebarang pertanyaan sila hubungi beliau di talian 013-9136662.

Sumber: My metro
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 September 2016 @ 7:21 

Surat dari seorang kanak kanak buat Obama...

NEW YORK: Sepucuk surat seorang kanak-kanak lelaki Amerika Syarikat (AS) berusia enam tahun kepada Presiden Barack Obama, menawarkan tempat dalam keluarganya kepada budak lelaki Syria yang menjadi pelarian, kini menjadi viral di media sosial.

Alex, dari ibu kota ini menulis surat itu selepas melihat gambar kanak-kanak Syria, Omran Daqneesh yang berlumuran darah, mencetuskan perasaan berang di seluruh dunia atas nasibnya.

Obama berkata, surat itu adalah daripada seorang kanak-kanak "yang tidak belajar untuk menjadi sinis atau curiga atau takut."

Video itu kini dikongsi lebih 60,000 kali di Facebook.

"Ke hadapan Presiden Obama, masih ingatkah kanak-kanak lelaki yang dirawat ambulans di Syria?" tulis Alex dalam sepucuk surat diterbitkan oleh Rumah Putih.

"Bolehkah anda selamatkan budak lelaki itu dan membawanya ke rumah kami... kami akan menunggu anda bersama bendera, bunga dan belon. Kami akan memberinya sebuah keluarga dan beliau akan menjadi saudara kami."

Obama memetik kata-kata Alex dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) berkaitan krisis pelarian minggu ini, sebelum Rumah Putih merakam Alex untuk membacakan surat itu.

"Kita semua perlu menjadi seperti Alex. Bayangkan bagaimana dunia jika kita bersifat seperti itu. Bayangkan penderitaan yang kita dapat kurangkan dan nyawa yang mungkin kita selamatkan," tulis Presiden AS itu.

Di media sosial, ramai pengguna memuji pendekatan Obama, namun kebanyakannya memuji Alex.

"Seorang budak lelaki enam tahun lebih berperikemanusiaan, memiliki perasaan sayang dan memahami berbanding kebanyakan orang dewasa. Kudos kepada ibu bapanya," kata seorang wanita Texas di Facebook.

"Saya mendengar rakaman ini awal hari ini, seperti yang dibaca presiden. Malah dengan janji yang diberikan, menjadikan saya menangis ketika membacanya," kata seorang lain.

"Tiada siapa daripada kalangan budak lelaki ini, anak lelaki kepada sebuah keluarga lain adalah Skittles," katanya merujuk kepada iklan kempen kontroversi Donald Trump yang menyamakan pelarian Syria kepada manisan terkenal itu.

Presiden Obama menggesa negara maju melakukan lebih lagi untuk membantu pelarian daripada krisis Syria. Ogos lalu, Rumah Putih berkata, ia menerima 10,000 pelarian Syria ke AS tahun ini.

Obama berkata, pihaknya bercadang mengambil tambahan 110,000 pelarian dalam tahun kewangan 2017. -Agensi

Sumber: BH  Online

Doa turunkan berat badan.....

Anda ingin menurunkan berat badan? Amalkan doa-doa berikut untuk membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal.

Baca kombinasi doa-doa ini:

1. Baca Surah al-Fatihah 1 kali.
2. Baca Surah al-Hasyr ayat 21 hingga 24 1 kali.
3. Baca doa menurunkan berat badan (rujuk visual) 1 kali

Insya-Allah, berat badan akan turun beserta dengan senaman yang betul dan pengambilan diet yang seimbang. Wallahu'alam.

Friday, 23 September 2016

Sila share untuk makluman rakyat M'sia

[Lawatan ke Samyang HQ]

Hari ni abg bersama Halal Korea (NGO yg memperjuangkan pasaran halal di Korea) melawat HQ syarikat Samyang di Miasageori, Seoul. Tujuan asal utk bersoal-jawab dgn pengurusan Samyang berkenaan tatacara mereka menjaga kehalalan produk mereka.

[Updated~ sila share utk makluman rakyat M'sia]
Berikut adalah details hasil soal jawab bersama Executive Director of Sales (Overseas), Samyang Foods Co. Ltd:

1. Samyang ada 2 kilang utk hasilkan ramen mereka. Semua ramen halal mereka dihasilkan hanya dari kilang terbaru mereka di Wonju yg telah mendapat sijil halal dari Korea Muslim Federation (KMF). Logo halal ada pada packaging. KMF adalah organisasi yg memberi persijilan halal di Korea.
2. Tiga production line di kilang di Wonju dikhaskan utk produce halal ramen.
3. Ramen halal keluaran mereka hanya dieksport... pengimport terbesar adalah Malaysia dan Indonesia.
4. Ramen utk jualan tempatan di Korea masih menggunakan kilang lama. So, tidak halal... dan tidak ada logo halal pada packaging.
5. Masalah timbul bila ada pihak yg smuggle ramen yg tidak halal yg dijual di pasaran Korea dan dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Kalau takde logo halal tu maknanya ia bukan di eksport oleh pihak Samyang.. dan ia tidak halal.
6. Logo halal yg tulen adalah direct printing di packaging dan bukannya tampalan atas packaging.
7. Samyang belum dpt menjual ramen halal mereka di pasaran Korea kerana belum mendapat kelulusan KFDA.
8. Tak lama lagi di pasaran Malaysia akan keluar perisa baru... Abg dah rasa tadi... pedas2 sedap.. tak sepedas yg ori tu... mmg sesuai dgn tekak N.Sembilan abg ni. Tak la podeh melahar mcm yg ori tu.

Sumber: FB Nizam Tikir