Sunday, 25 September 2016

Penangguhan kerja penambahbaikan sistem pengagihan air

Penangguhan kerja penambahbaikan sistem pengagihan air

 

SIARAN MEDIA                                                                                   
25 SEPTEMBER 2016

Kuala Lumpur – Kerja-kerja penggantian perkakasan sistem pengagihan air di Petaling dan Kuala Lumpur yang telah dijadualkan pada 27 September 2016 jam 3:00 pagi sehingga 28 September 2016 jam 8:00 malam telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Oleh yang demikian, kawasan-kawasan di Petaling dan Kuala Lumpur yang tersenarai dalam kenyataan media sebelum ini tidak akan mengalami gangguan bekalan air  sementara pada tarikh tersebut. 

Maklumat terkini mengenai kerja-kerja berjadual dan tidak berjadual dikemaskinikan di aplikasi telefon bimbit “mySYABAS”dan www.syabas.com.my


Segala kesulitan amatlah dikesali.


Dikeluarkan oleh:

Amin Lin Abdullah
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat
Kumpulan Air Selangor

Sumber: http://www.syabas.com.my/press-release

0 comments:

Post a Comment