Cinta Yang Tak Disangka
Jodoh Dari Allah.....31 Januari 2015 – pertama kali jumpa
21 Februari 2015 – jumpa keluarga sebelah perempuan
28 Mac 2015 – Bertunang
19 Julai 2015 – Ziarah Raya keluarga
31 Ogos 2015 – Nikah
Masa mula2 tengok gambar pensyarah bagi, alamak dia pakai ninja lah. Cemane aku nak bagitahu bapak aku nih? Dapat gambar yang tak pakai purdah,. Ok lah. Cuba test market dulu. Majlis Taaruf done
Perkara yang paling aku bimbang adalah macam mana la aku nak kahwin dengan orang yang tak pernah aku kenal. Boleh ke ada perasaan cinta dan suka sedangkan kita tak pernah kenal orang tu? Aku tak pernah kenal pun isteri aku walaupun duduk di Terengganu 4 tahun setengah jugak.
Aku tak penah mimpi pun aku akan hidup dengan orang yang aku tak penah kenal. Tak terbayang langsung. Betul la apa orang cakap, Allah bagi apa yang kau perlu bukan apa yang kau mahu.
Kuasa Allah mengatasi segala-galaNya. Dia tak pernah menzalimi hambaNya. Kadang2 Dia nak tengok kita sabar atau tidak dengan ujian Dia, barulah Dia akan bagi rezeki yang datangnya dari sumber yang tidak disangka-sangka.
Alhamdulillah. Syukur. Terima kasih kepada ibu dan ayah yang banyak membantu sepanjang proses persiapan dan bagi semangat. Tidak lupa juga keluarga mertua, ibu dan juga ayah, abang dan kakak, yang sudi menerima diri yang serba serbi dhaif ni ke dalam keluarga yang baru. Syukur Alhamdulillah. Mohon tunjuk ajar dan bantuan nasihat serta doa.
Terima kasih jugak kepada sanak saudara dan teman rapat yang datang dan mendoakan. Tidak ada yang lebih bermakna selain daripada doa anda semua akan kebahagiaan kami berdua hingga ke Syurga nanti.
Dan…
Kepada isteri,
Ayman Shahim, terima kasih awak terima saya seadanya dalam hidup awak.
Words cant express how thankful i am to Him.
Semoga awak adalah ladang dan kebun saya utk kita ke syurga nanti.
Ameen.
#RaimiShahim
#KitaSatuTeam
#16Zulkaedah1436H
#31Ogos2015
Artikel ini dihantar oleh Raimi Al-banjari. Terima kasih.
Sumber: BercintaSelepasNikah
0 comments:
Post a Comment