Tuesday, 6 September 2016

" Ziarahlah Ayah Mad selagi masih hidup kerana beliau adalah ahlullah " ..

Kenali Ulamak Bumi Kelantan ..
Ayah Mad Lundang Paku Hafizohullah Ta'ala ..


Nama Ulama' tua ini ialah Ayah Mad Lundang Paku atau nama sebenarnya Mamat . Beliau merupakan di antara Ulama' dan Auliya yang tertua di Kelantan. Beliau berusia 125 tahun. Sewaktu usia mudanya , beliau banyak menuntut ilmu agama dan telah berulang ke Mekah sebanyak 12 kali . Beliau pernah menuntut ilmu di Bukit Jiyad , Mekah al Mukarramah dan dikatakan Tok Kenali adalah guru dan sahabatnya dalam rehlah ilmu ini . Pondok beliau di Lundang Paku berdekatan Tendong , Pasir Mas ...
Ayah Mad suka berjalan kaki kemana2 hingga dikatakan ORANG KURANG WARAS kerana sentiasa mengutip tin kosong dan tempurung di tepi jalan.. Beliau membuka tin kosong dan mengadapkan muka tempurung tersebut ke langit sebab tak tahan mendengar rintihan mereka .. Mereka mengadu pada beliau untuk merasai rezeki Allah iaitu untuk mengadap cahaya matahari . Allahrobbi ..
Kata Almarhum Murobbina Tuan Guru Haji Abdul Qader @ Musa Al Madani ,
" Ziarahlah Ayah Mad selagi masih hidup kerana beliau adalah ahlullah " ..
Wallahualam ..
Sumber :: AF Ustaz Helmi Assyafie ..
( Gambar Tok Ayah terkini dan ketika beliau muda dahulu )



0 comments:

Post a Comment